lesung batu yang sinonim dengan perempuan.kalau lelaki yang tulis?gambar seorang maskulin sedang berjalan di tengah kotaraya sambil menjinjing beg menuju ke pejabat mungkin.
jujurnya saya hanya mengenali hanie dan mimie sahaja.dan kedua mereka ada tersenarai pada YM saya.citahrudin pula sering juga kelihatan mengomen di blog manusia reptilia iaitu blog saya yang kedua bersama rakan rakan.hasil penulisan mereka yang ringkas,padat dan bertepatan sekali dengan isu semasa sekarang amat menarik perhatian saya untuk terus membaca sehingga lapan belas kali ulang.
ju asu ra-bercerita tentang pengalaman ketua kampung beliau yang seringkali dicaci secara membabi buta oleh orang kampungnya yang inginkan perubahan dalam kehidupan bermasyarakat.namun sikap endah tak endah ketua kampung beliau itu mengundang padah apabila orang kampung mula memberontak dan mengepung rumah beliau dengan tenuk tenuk liar dengan harapan ketua kampung akan mengundur diri dan memberi peluang kepada jejaka kacak Amir yang baru sahaja menamatkan pengajian di kabupaten kalimantoro,jawa barat sebagai ketua kampung yang baru.akhirnya ketua kampung mengalah dan membawa diri jauh ke dalam hutan.nasib malang beliau tidak berhenti di situ apabila beliau disumpah pula menjadi kancil oleh penunggu hutan setelah beliau kencing merata rata.dapatkah bekas ketua kampung itu bebas daripada sumpahan?bacalah kesudahannya dalam buku ini.-http://mangkukplastik.blogspot.com/
amal-seekor lipan peliharaan adik beliau kini menjadi buruan pihak polis apabila lipan tersebut disyaki sebagai dalang kepada kes pecah rumah seorang hartawan di bandaraya metropanuchi.lipan tersebut yang diberi nama Karim kini hidup dalam keadaan bahaya dan tertekan.namun,kehandalan Karim dalam selok belok penyamaran dan cinta menyukarkan pihak berkuasa untuk menangkap beliau.ketika menjadi pelarian,Karim berkenalan dengan seekor tupai yang baru sahaja membuat pembedahan plastik.adakah Karim akan turut mengikut jejak langkah tupai tersebut?adakah tupai itu memberi pelindungan yang sewajarnya kepada Karim?jangan cakap banyak,beli buku ini,baru tahu.-http://jangansampaijatuh.blogspot.com/
mak su-menjadi tukang masak sejak umur 8 tahun banyak mengajar mak su tentang erti kehidupan di dunia yang fana ini.hampir seluruh restoran terkenal di seluruh dunia pernah mendapatkan khidmat mak su.maksu yang terkenal dengan masakan kampung dan kuat berborak ketika memasak kini sedang dalam perancangan untuk meluaskan empayar sehingga angkasa lepas.namun,adakah makhluk di planet selain bumi yang mampu menerima makanan bumi?bagaimanakah mak su hendak berborak dengan makhluk asing?adakah joint venture mak su dengan sebuah syarikat roket dari timor leste dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan beliau yang kian pudar akibat kesibukan mak su sebagai tukang masak dunia?segalanya akan terjawab jika anda membeli buku ini.chantiekss!!!-http://ceritakosong.blogspot.com/
hanie-si gadis manis ini menulis tentang pengalaman beliau menjadi seorang konduktor bas.kehidupan beliau yang seringkali terganggu akibat bebanan hutang ah long dan kutil kutil kecil di seluruh tubuh menyukarkan pergerakan beliau seharian.namun berkat usaha dan kesabaran yang tinggi,hanie kini menjadi seorang c.e.o sebuah syarikat perkapalan yang terkenal di amerika.cabaran hidup hanie tidak berhenti di siti sahaja apabila hanie cuba menjadi dirinya yang dulu.beliau yang gemar menghirup bau ketiak rakan pernah menempeleng seorang remaja yang tidak bersalah yang lalu di hadapan beliau secara tiba tiba akibat tekanan melampau.-http://cikhanie.blogspot.com/
citahrudin-pada mulanya,citahrudin hanyalah seorang gadis biasa.namun segalanya berubah di suatu petang di mana beliau yang sedang tai chi seorang diri tiba tiba terkena pancaran sinaran gamma dari langit.pada malam itu beliau bermimpi didatangi oleh seekor makhluk aneh.makhluk tersebut menghulurkan tangan beliau dan satu pancaran terus menusuk ke ketiak kanan citahrudin.setelah sedar keesokan paginya,citahrudin berasa lebih segar daripada biasa.beliau kini mendapat kebolehan bercakap dengan dinding,boleh memberus gigi dengan sabut kelapa dan boleh bertukar menjadi pokok ketika dikejar ah long.adakah citahrudin heroin yang dicari selama ini?mampukah citahrudin menyelamatkan senario politik yang tidak menentu di negara asal beliau di uruguay sana?-http://maufikir.blogspot.com/
mimie candycane-menceritakan suka duka hidup beliau sebagai seorang penjual ubat batuk yang terkenal suatu masa dulu.pengalaman beliau yang pernah merengkok di dalam penjara selama 8 tahun kini menginsafkan diri beliau.setelah keluar dari penjara,mimie membuka gerai menjual air soya dan tempe.jualannya yang laris membuatkan mimie lupa diri dan kembali menjual ubat batuk.pada masa yang sama,beliau jatuh hati kepada seorang pemuda yang bekerja di sebuah kedai menjual alat alat ganti kereta di seberang jalan tempat beliau berniaga.pemuda tersebut yang sedar mimie telah jatuh hati kepadanya cuba membawa mimie kembali ke pangkal jalan.namun mimie berkeras dan menghentak tulang belakang pemuda itu dengan belati paku sekuat hati.berlaku pertempuran yang hebat selama 8 jam.akhirnya pemuda tersebut mengakui kehandalan mimie dan mengikut mimie menjual ubat batuk.-http://mimie-omx.blogspot.com/
zaradgreat-berpeluang menjadi maskot botol kicap di sebuah pasaraya akhirnya mengundang padah apabila beliau acapkali tersalah sangka samada beliau betul betul seorang orang ataupun sebaliknya.ketika makan bersama keluarga,zaradgreat sering terbayangkan dirinya adalah kicap yang sebenar dengan menuangkan diri sendiri ke dalam makanan.ini merunsingkan keluarga yang amat menyayanginya.lebih teruk lagi zaradgreat cuba menjual dirinya sendiri dengan berdiri sebaris dengan botol botol kicap dan sos yang terdapat di pasaraya tersebut.mampukah tokey pasaraya memulihkan identiti zaradgreat?mahukah pembeli kicap melayan kerenah zaradgreat yang macam spender tersebut?-http://zaradgreatohoo.blogspot.com/
mcjust.lol-sesuai dengan namanya,mcjust.lol adalah seorang pencinta binatang.beliau yang memelihara landak bukit sebagai haiwan kesayangan amat teruja apabila haiwan kesayangannya itu menyuarakan hasrat untuk berniaga.sebagai seorang tuan yang sporting,mcjust.lol mengeluarkan sedikit modal untuk menolong landak bukit.puas mcjust.lol bertanya apakah yang akan dijual oleh beliau,namun landak bukit mendiamkan diri.akhirnya segalanya terbongkar apabila mcjust.lol membuat intipan dan melihat haiwan kesayangannya itu sedang menjual maruah diri.-http://mcjustlalala.blogspot.com/
jo-merentasi masa dengan menggunakan mesin masa yang dicipta oleh profesor kamachiwa telah membawa jo ke satu zaman purba di mana manusia masih lagi menggunakan lembing untuk memburu dan menikam tumit musuh.ketika jo tiba,beliau telah dikejar oleh bracyceratops yang cuba untuk memakan beliau.namun jo yang mempunyai ilmu persilatan yang tinggi telah melumpuhkan serangan bracyceratops dengan mengetis lutut bracyceratops dan mengepak leher dinasour itu dengan berani.oleh kerana kesakitan,dinasour itu terus pulang dan mengadu kepada emak beliau.emak bracyceratops sungguh marah dan cuba membalas dendam terhadap jo.-http://sekuqmeri.blogspot.com/
mirachantek-sebagai seorang pengamal perubatan tradisional yang semakin dikenali ramai,mirachantek akhirnya berjaya membuka sebuah klinik perubatan tradisional di bandar seremban.klinik beliau yang berasaskan asas tani menjadi semakin popular dengan pelbagai kaedah rawatan.antaranya terapi minda yang menggunakan jin busut sebagai medium dengan medula oblongata pesakit,terapi kaki yang menggunakan kaedah ikan gapi dan belut elektrik di mana ianya berfungsi untuk menyegarkan kembali saraf saraf yang tersembunyi dan teknik berborak dengan mayat yang mana diyakini dapat menghidupkan semula mood ceria pesakit.segalanya dibukukan dalam buku blog ini.macam seram lebih je ye tak! -http://mirachantek.blogspot.com/
reen-dek kerana bosan asyik dibuli oleh Bagong,reen mengambil keputusan untuk berguru di gunung kalimanjoro.kata orang,di sana terdapat seorang guru pertapa yang sangat handal.walaupun keputusan reen dihalang oleh keluarga dan sanak saudara beliau,namun reen tetap berdegil.reen tetap mahu membalas apa yang telah Bagong lakukan padanya.masih reen ingat,Bagong menyengkang kaki beliau ketika beliau hampir mencapai kemenangan di dalam acara membawa bola bowling di dalam sudu anjuran bendahari kampungnya.disebabkan peristiwa itu,gigi reen patah dan yang lebih memilukan,jejaka idaman hatinya ada di situ dan melihat kejadian itu dan terus membenci reen yang sudah tidak bergigi.setelah hampir lapan bulan berjerih payah,akhirnya reen sampai ke puncak gunung kalimanjoro dan bertemu dengan sang guru.tambah memilukan rupanya guru tersebut bukanlah guru silat tetapi guru kompang.-http://hazerin.blogspot.com/
masy-sebagai seorang petani moden,masy sentiasa memastikan hasil taniannya segar sesegar ideanya.beliau yang mempraktikkan ilmu kinetik di dalam bisnes kini cuba menternak ikan paus di mana ianya dijangka akan meledakkan industri perpausan di jepun dan di kampuchea utara.usaha untuk mendapatkan benih paus pada mulanya agak sukar.namun berkat usaha dan kesabaran yang tinggi,akhirnya beliau berjaya mendapatkannya.masalah mula timbul apabila pallet paus sukar dicari.apakah solusi masy untuk mencari makanan paus?adakah masy akan putus asa dan cuba menternak lipan daging pula?
-http://kotakhujan.blogspot.com/
balqissy-mempunyai hobi yang pelik sejak kecil membuatkan beliau sering dipandang serong oleh masyarakat setempat.beliau yang gemar shuffle di dalam sungai berkata,walaupun beliau tahu ramai yang tidak senang dengannya,namun beliau tak peduli.yang menariknya,walaupun beliau seorang yang pelik beliau adalah orang yang beriman dan handal mencipta lagu.antara artis artis yang terkenal yang pernah mendapat sentuhan berbisa beliau ialah jamal mirdad,slayer dan rosli kruger.antara lagu beliau yang pernah mengungguli carta billboard ialah 'merinding bulu ketiakku,cagumu tersebar ke atmosphera dan jangan pernah lupakan kakiku.'-http://balqissy.blogspot.com/
...................................................................................................................................................................
hari sabtu dua minggu yang lepas,saya dijemput oleh seorang blogger jerantut iaitu abang syed dan keluarga untuk makan tengahari di rumah beliau.isteri beliau yang handal memasak makanan hong kong telah membuat chicken rice hong kong style yang mana saya mampu makan sehingga lapan belas kali tambah.sebelum itu,saya telah dibawa berjumpa dengan seorang lagi blogger jerantut iaitu abang yassin di pejabat beliau.abang yassin yang sedang sibuk bekerja ketika itu sempat meluangkan masa berborak dengan kami.pengalaman manis saya tidak berhenti di situ saja apabila abang syed menunjukkan kerja seni beliau.rupa rupanya abang syed adalah seorang kartunis yang terkenal pada tahun 1980an dulu (nama yang digunakan ialah 'SZMAN').beliau yang pernah melukis untuk majalah gila gila dan beberapa lagi majalah kartun dan suratkhabar ketika itu menceritakan tentang jatuh bangun beliau sebagai seorang kartunis.abang syed juga memberitahu kepada saya yang kartunis aza juga menetap di jerantut dan membuka sebuah galeri seni.abang syed yang baik hati dan peramah orangnya membawa saya ke sana.sempat juga snap beberapa keping gambar.
entry pertama setelah 3 bulan lebih tidak menulis.akhir kata,semoga penulis penulis mortar and pestle terus berkarya selepas ini dan maafkan salah silap saya dengan review saya tersebut.kepada abang syed relevan sokmo,terima kasih banyak banyak atas layanan abang sepanjang saya di sana.abang memang sempoi.abang yasin nanti kita jumpa lagi.datanglah temerloh ada masa.abang aza,you are the bestest!

kartunis lagenda aza.walaupun beliau orang yang terkenal,beliau yang minta nombor saya.nak ikan patin katanya.
kanan gambar ialah kawan saya afif.beliau adalah peminat setia pasukan england dalam acara lari dalam guni.
entry pertama setelah 3 bulan lebih tidak menulis.akhir kata,semoga penulis penulis mortar and pestle terus berkarya selepas ini dan maafkan salah silap saya dengan review saya tersebut.kepada abang syed relevan sokmo,terima kasih banyak banyak atas layanan abang sepanjang saya di sana.abang memang sempoi.abang yasin nanti kita jumpa lagi.datanglah temerloh ada masa.abang aza,you are the bestest!
adios krap krap de porto krompes!!!

26 sumpahan berachun:
oh. sungguh menarik. ; ]
hahahaha...details dan terbsek la kordi..lepas ni koi nk jmput aok jadi penglulas jemputan boleh?
mimie-terbsek tu benda?aok sawan buih ke apa ni....
waks...lu jgn mcm2 dgn mimie tu..nanti dia hentak tulang belikat aok..haa..cirit buih aok karang..hahaha
koi like review aok ni 100x...hahaha..
hanie~ hahahaha..ko da pernah kena kan? serik kan ?hehehehe...
Assalam, begitu panjang dan syahdunya cerita drp jerantut ini yak..semoga ada pertemuan di lain kalinya. Terliur juga nok mengoder ikan patin Temerloh sekor abender rasanya hehehe :)
salam..
hebat tuh..
koi pun biasa gak menghayun
lesung nih..tapi tak reti nak
menulis..he he
sekrg jugak nak add ko dlm fren list fb aku...
superb review bro..kehkehkeh..
wah menarik betoi buku te yek..koi mintok pinjam dari haritu aok tak beri lagi...huhuu
tergaru sungguh hati keh bila melihat kesungguhan aok meng-review
blook ini..rasa nak bagi adiah!
rasa je lah tapinya...bukan nak bagi real..keh3
best en3 ever!
haahhahah landak bukit! terima kasih mengreview! ;D
pasai apa gua kena kejar dengan dinasor pulok pakcik? sepatutnya gua yang pergi kejor dinasor tuh. baru ganaih siket dengor. apa pun review ini sangat mengharukan. sapa yang nak beli moh le kontek gua di mel elektronik currypap.ayam@gmail.com. stok ada lg ni. gua memamng dari dulu tak berapa pandai meniaga.
pergh.. kartunis aza..
Abg Syed Relevan?..ohh ! beliau sudah berkahwin rupanya..
1st time gua baca blog lu yang panjang dengan penuh ayat skema.
hehehe mekasih utk review ni. tatau la apsal nk komen mcm skema, blum warm up lg neh hehe
gua sampai terseliuh mata baca post pacik kali ini
eh tersinggah lagi
tak update lagi..kenapa gua terminat sangat blog ni
eh. salah review. aku adalah seorang bidan kampung. haiiihh!~ merangkap makcik katering sekolah asrama penuh.
Eh.... Name saye!!! Ehem2 ( cover idung)
P/s: mekaseh ;)
ooo minat juga kat aza ter... mana deme ni lepak?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wooolahhhhhh semua watak wujud ...mmg reality betoi beb...... kartunis Aza woooooo lama gak tak nengok karya dia ni.....
letih tergelak adohai best2 buku ni nak carik mane?
sayang,
i tergelak guling2..sewel lah entry ni tapi lu tetap di hati sanubari gua!
Post a Comment